Monday, January 24, 2011

Kecewanya....

Hatiku benar-benar kecewa dengan keputusan a-level anakku yang sulong. Aku sangat-sangat kecewa kerana aku tahu dia mampu melakukannya tapi dia telah mengecewakan aku... Aku benar-benar sedih telah aku korbankan segala untuk diriku untuk memastikan yang terbaik untuknya namun sungguh mengecewakan...aku dikecewakan oleh orang-orang yang ku sayang dalam hidupku... Hancur luluh rasa hati ini...aku mengharapkan dia menjadi penawar kepada kelukaan hatiku...kebanggaan hatiku tapi semuanya hancur kini tidak mengharapkan apa-apa lagi daripada orang yang ku sayang... aku ingin melepaskan semuanya... Tiada siapa yang mengerti dan menyayangi hati ini... aku tidak mengharapkan balasan namun berikanlah daku sekelumit kebahagiaan...namun semuanya menghancurkan hati ini.... 
Tuhan... siapakah diri ini...mengapakah diri ini dan... apakah diri ini... terlalu banyak luka yang kulalui namun tidak siapa yang peduli... dalam laluan hidup ini apakah hanya aku yang perlu menyayangi orang lain tidak untuk di sayangi....perlukah aku pergi dari hidup ini.....melangkah seadanya aku...hanya untuk aku....

Tuesday, January 11, 2011

Sayang....

Agaknya kesabaran suamiku dah hilang kot... sebab dia minta aku buang baby meow aku tu bila dah besar... dalam hati aku kata macam mana nak buang...aku dah sayang sangat...aku dah tak leh pisah dengan baby meow aku tu... kalau aku marah kat dia... bulat mata dia pandang aku... ish aku tak sanggup nak buang...nanti aku mesti rindu giler kat dia... baby meow aku tu... aku jumpa dia kat sekolah aku, masa tu macam dah nak masuk ICU nyawa-nyawa ikan... tengah2 panas terik atas tar.... kesian sangat.. aku tak sampai hati, aku bawa balik rumah ada luka kat badan dia nak jalan dah tak larat... abang dan kakak dia dah mati... mungkin takdirnya dia dengan aku... kebetulan hari tu aku datang ke sekolah walaupun sepatutnya tak datang pun sebab aku dalam mode belajar.. tapi aku datang nak tengok perkara2 yang perlu aku selesaikan... masa nak balik aku terlihat dia terjelepok di atas tar kesian sangat aku tengok... terus aku ambil bawa balik...beli susu nak mandikan tak boleh sebab kurus sangat...jadi sabar jelah selama seminggu dengan baunya tu... cumanya tulah... buang air besar dalam rumah... nak tunggu dia besar sikit lagi nak ajar buang air besar dan kencing luar rumah... tu yang suami aku tak tahan suruh aku buang baby meow aku tu.... Tapi pagi2 aku dah bangun bersihkan tempat dia buang air besar dan kencingnya tu... pas tu bagi minum susu...sebab dia nak minum susu suam tak nak yang sejuk... macam anak bongsu aku plak... aku pun bahasakan diri aku dengan dia mak... anak2 aku yang lain abang dengan kakak tapi dia cukup manja... nak tidur atas riba... sekarang ni dah suka melompat2 tapi dua tiga hari ni macam merajuk kat aku.. tak nak tidur atas riba aku....entah kena tah....
Sebenarnya... sebelum baby meow ni... aku ada bela Apin... macam tu juga... aku jumpa kat sekolah kecil sangat... mak dia dah mati... masih menyusu... aku kesian sangat...anak aku natalia nak bawa balik sebelum ni aku tak pernah bela kucing... cumanya aku suka beli makanan kucing untuk kucing jiran2ku yang datang berkunjung  kerumahku.. aku layan mereka macam tetamu...siap hidang makan lagi.... sampaikan mereka dah tahu bila aku masak dan lain2 lagi.. cukup masa akan datang ke rumah...aku hidang friskies dan lain2... Apin ni aku bela dan  ajar minum susu dan lain-lain comel dan manja... pagi nak minum susu lepas tu... naik atas katil aku...sementara aku nak tunggu masa mandi dan bersiap kekerja.... tapinya usianya tak panjang waktu aku nak ke sekolah tak sedar dia masuk bawa kereta yang dipandu suamiku... mati akhirnya.... seminggu aku menangis... rindu sangat... semua menangis termasuk suami aku sekali...sayang sangat macam anak aku...
Kini baby meow.... aku sayang sangat... seronok bila balik sekolah dia sambut aku....melompat-lompat...
Dalam hati aku terpikir macam mana orang buang anak? Sedangkan anak kucing aku tak sanggup buang sebab aku fikir... macam mana dia nak cari makan...macam mana dia nak tidur nanti... mesti sejuk sebab dia tidur dengan anakku yang sulong... kalau manusia lagila banyak nak fikir... kesian kan? Kalau aku mampu aku nak ambil anak2 yang tak berdosa tu... jadi anak aku... tapi siapalah aku... aku hanya mampu mengharap dan berdoa... lindungilah anak2 itu... mereka tidak pernah minta dilahirkan dalam keadaan begitu...kesian nyawa seorang manusia seolah-olah seperti nyawa seekor semut... seolah2 tiada nilai.... manusia kian hilang roh dan jiwanya.... akalnya kian mati.... Ya Allah ku pohon padaMu lindungilah anak2ku, anak didikku jadikanlah mereka insan bukan hanya sekadar manusia....amin....
Apin.....kesayanganku....tetap dalam ingatanku...

Sunday, January 9, 2011

Jemunya...

Hari ni sang mentari baru menunjukkan wajahnya.... dapatlah jemur baju...lega sikit...taklah sejuk sangat cuaca dalam kepala dok fikir macam mana program merentas desa yang dirancang ni kalau tiap2 hari hujan kesian budak2. Takkan nak suruh lari dalam hujan..aku pun dah mula bina stamina balik dah agak lama tak joging sejak berhenti main woodball. Bukan apa geng tak cukup pas tu fairway majlis daerah dah tak de tinggal kat sekolah je dan kawan2 masing2 sibuk dengan hal sendiri entah bila nak main semula. Baru-baru ni aku sepatutnya ke Perlis mewakili Pahang bagi woodball wanita tapi tak dapat pegi sebab kuliah aku bagi semester ke lima, jadi tak berani nak pergi takut tertinggal hal yang penting.

Friday, January 7, 2011

Alamak...terkejut..

Ermm terkejut aku...buka blog ada follower...apa pun terima kasih.. maklumlah dalam belajar kat blog ni... Dalam kota fikiranku...sedang merangkakan apa yang nak ku masukkan...entahlah apa hala tuju yang nak ku bawa dalam blog aku...aku nak sesuatu yang berbeza. Selain itu aku dapat memberi info tentang sesuatu perkara pada yang melawat ke blog ku ini...entahlah terlalu banyak pilihan dalam kotak fikiranku namun aku perlu pilih yang terbaik .... nantilah harap2 akan datang ilham untukku...mungkin kawan-kawan dapat  membantu..

Wednesday, January 5, 2011


Langkah pertama aku cuba buat blog sendiri. Memang dah lama aku berhajat nak buat blog sendiri, akhirnya percubaanku yang pertama telah menampakkan hasilnya. Sememangnya aku sangat berminat dengan bidang ni.. dan semuanya ini aku belajar sendiri. Seronok juga... Banyak yang boleh aku buat di sini, tapi... sabarla.. InsyaAllah untuk langkah seterusnya...ermmm seronoknya...terima kasih kepada yang memberi dorongan...sentiasa dalam ingatan...