Monday, March 25, 2013

"Bukan macam tu sayang, kena pujuk hati kerana tak mahu kebahagiaan yang sayang dan abang kecapi sekarang jadi kecelaruan, cukuplah dengan haru-biru masa lalu yang telah abang lalui dulu disebabkan kelemahan abang dulu, abang tak mahu lalui itu semua sayang, sakit tak terkira", Pujuk Saiful sambil menggengam tangan Nurani. Direnung wajah putih mulus itu sedalam-dalamnya. Terasa kasih dan sayangnya semakin dalam terhadap wanita dihadapannya ini. 

Manik-manik mutiara air mata berjuraian di pipi mulus Nurani. Hatinya benar-benar tersentuh degan ungkapan Saiful. Apa yang harus dikatakan saat ini, dibiarkan air matanya mengalir semahu-mahunya bersama isak tangisnya. Biarkan ia mengalir bersama resah dalam hatinya. Dia amat menyayangi Saiful, seorang lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya untuk cinta setelah sekian lama tertutup oleh kelukaan yang teramat. Hingga menyebabkan dia lupa tentang indahnya cinta.

Dilihatnya Marissa berlari-lari gembira bermain air ditepi pantai. Ditarik nafasnya panjang-panjang lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Direnung wajah Saiful sambil tersenyum. Tak sedar jari jemari Saiful mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Nurani tertunduk malu, degup jantungnya kian laju dan dia kegugupan. "ah, kau terlalu baik Saiful". Bisik hati Nurani.

"Ermmmm macam tulah sayang, jangan menangis lagi, abang tak nak lihat sayang menangis lagi." sambil diangkatnya dagu Nurani. Hatinya berbunga riang, seseorang yang disayangi kini berada dihadapan matanya. Wajah yang dirinduinya bertahun lamanya dan penantiannya tidak sia-sia, akhirnya wajah yang dirinduinya berada dihadapannya.

"Marissa, mari sini, panas tu sayang." Nurani cuba menyembunyikan resahnya degan memanggil Marissa yang melompat-lompat kegirangan bermain ombak.
"Nantilah ibu, Marissa nak main lagi." Marissa terus bermain tanpa memperdulikan ibunya.
"Ermmm kalau dah dapat main, semua perkara tak diambil kisah." Bisik Nurani sendirian bagaikan terlupa Saiful sedang memandangnya dengan tersenyum.
"Sayang, biarkanlah dia nak bermain ombak, bukan selalu kan?" Saiful cuba meredakan dongkolan hati Nurani terhadap Marissa.

"Abang, sayang dah ada anak, Marissa anak sayang dengan arwah abang Rashid."
"Abang tak kisah, abang terima sayang seadanya, kita dah tua tau sayang, takkan sayang tak ada anak lainlah kalau sayang tak berkahwin kan?" balas Saiful sambil tersenyum sambil merenung wajah Nurani.
"Abang akan terima Marissa seperti anak abang sendiri, walau pun abang sendiri tak mempunyai anak, malahan abang berterima kasih jika Marissa sudi menerima abang sebagai papanya."

Nurani kelu dengan kata-kata Saiful yang amat diyakini akan ketulusannya. Angin Pantai Teluk Kemang terus berhembus lembut mengelus wajah Nurani. Sesekali dia memandang wajah Saiful dihadapannya dengan penuh rasa sayang yang mendalam. Apabila mata mereka bertemu pasti Nurani melarikan matanya ke arah lain menahan rasa malu di dalam hatinya. Kemerah-merahan pipinya menahan debaran hatinya. 


Wednesday, March 20, 2013

Angin berhembus lembut. Terdengar burung ciak berbunyi riang hinggap di tangkai padi yang menguning. Saiful terkaku melihat panorama itu, namun tidak memberi bekas padanya. Baginya semua itu kosong belaka, sebagaimana kosong jiwanya saat itu. Dia cuba membuang dua wajah dari membayangi ingatannya saat itu. Tapi tidak mungkin. Terngiang-ngiang ditelinganya suara ibunya berbicara dengannya pada awal pagi tadi. Persoalan itulah yang cuba dielakkan buat ketika ini. Bukan dia tidak suka tetapi satu wajah yang sangat dirindui dalam diamnya itu yang mengikat rindunya untuk tidak berpindah pada yang lain.

     Selepas bersarapan nasi lemak  pagi tadi Saiful bergegas keluar menuju ke dangau di hujung sawah milik peninggalan ayahnya kepada ibunya. Dia ingin mencari ketenangan di situ dan juga untuk mengelak daripada mendengar luahan hati ibunya untuk melihatnya berkahwin. "Ah, ibuku kau tidak mengetahui dalam hati anakmu ini telah terisi satu wajah, namun di mana kini wajah itu? namun dia masih berharap ada pertemuan dengan wajah itu." Saiful bermonolog sendiri.

   Bagaikan tayangan video jelas terbayang satu wajah, putih kemerahan membayang di hadapan matanya. Ayu, lembut dan pemalu. Kecil molek orangnya. "Nurani" bisik hatinya. Tidak pernah lagi dia tatap wajah itu hampir dua tahun lamanya. Bersamaan berakhirnya pengajiannya untuk menjadi seorang pendidik di Institut Perguruan Idris. Wajah itu sentiasa bermain di ruang matanya. Hatinya sering menyebut nama itu tanpa jemu. Namun dia tidak pernah menyapa gadis kecil molek kacukan cina itu. Entah kenapa dia tidak mempunyai kekuatan menegur gadis itu. 

    Setiap kali gadis itu melintas di hadapan kelasnya itulah saat yang amat dinantikan. Walaupun sekilas cuma namun amat membahagiakan, menghilangkan rindu yang bertamu di hatinya. Rindu yang disimpan dalam kotak rahsia hatinya dengan kemas, tidak siapa yang tahu. Entah mengapa hatinya pasti berdebar apabila berselisih atau melihat gadis itu dari jauh.

"Abang ngah, mak panggil." tiba-tiba suara adiknya Hafizi melenyapkan wajah nurani dari ruang matanya, mengejutkannya dari lamunan yang panjang. Lantas Saiful menarik nafas panjang lantas bergerak menuruni dangau yang diduduki dari pagi tadi. Tanpa disedari hari dah meninggi. Tanpa menghiraukan Hafizi yang melompat-lompat mengikutnya balik ke rumah Saiful berjalan dengan laju. Panahan terik mentari dirasakan menyucuk-nyucuk kulitnya yang sawo matang itu. Kulit orang Melayu sawo matang tetapi halus dan lembut.

  Sesampai sahaja di tangga Mak Teh Lijah menyapa Saiful. "Hem, berlama di dangau tu angah buat pe? macam termenung je," Mak Teh Lijah cuba menyelami hati anak terunanya itu. 
"Tak ada apalah mak, Saiful suka tengok padi yang menguning tu," Sahut Saiful cuba menjawab dengan bersahaja. Dia cuba menyembunyikan perasaan resah dan kerinduannya ketika itu terhadap seorang gadis yang entah di mana berada ketika ini. 
"Mak panggil angah kenapa?" tanya Saiful dengan lembut sambil memandang wajah Mak Teh Lijah yang pada raut wajah mempamirkan ketabahan seorang ibu membesarkan lima orang anaknya tanpa suami di sisi. Hampir sepuloh tahun pemergian bapa Saiful dari keluarganya akibat di patuk ular tedung.
"Angah, jom temankan mak ke bandar, dah lama emak tak kebandar. Mak ingat nak belikan Ija tudung. Dah berhari-hari dia merengek nakkan tudung baru." Mak Teh Lijah bersuara setelah dilihat Saiful terdiam dihujung tangga. 
"Elok juga tu mak, angah pun dah lama tak berjalan-jalan di bandar Temerloh," balas Saiful segera.
"Ye lah, sejak angah bekerja di Johor Angah pulang sekejap-sekejap sahaja kan, dan jarang-jarang keluar ke bandar sebab tu tak sedar Temerloh dah banyak berubah."
"Kita pergi selepas zohor nanti." balas Mak Teh Lijah sambil berlalu meninggalkan Saiful bersendirian melayan adiknya Hafizi yang keletah bercerita tentang rakan-rakannya. 



Tuesday, February 7, 2012

Bab 1

Bicara hati..... Mat.....

Perbualan yang meruntun tangkai hatiku:

Saya: awak duduk dengan sapa?
Mat : duduk dengan datuk...
Saya: oooo ayah dengan mak awak keje Kl ya?
Mat : tak cikgu, ayah kat ...........
Aku termanggu terdiam seketika... nak menitik air mataku... wajahnya polos dan bersikap keanak-anakkan...
Saya : Mak?
Mat : mak kat Johor... keje..
Saya : selalu balik?
Mat tanpa berkata apa2 hanya menggeleng2kan kepalanya dan lagi sekali termanggu... dan dalam hatiku berbisik tabahnya kau anakku...
selepas itu aku terus melihat murid2 lain membuat kerja melukis... aku mengajar pendidikan seni...tiba-tiba Mat bersuara padaku..
Mat : Cikgu nanti datuk janji nak belikan mat keretapi kecik... kat belakangnya ada gerabak... mat pernah tengok keretapi sedang berjalan, kat belakang yang hujung sekali ada tangki...
dengan petah dia bercerita padaku dan aku cuba melayan perbualannya...
Aku : Mat tengok kat mana?
Mat : Mat tengok kat .....
Aku : oooo....
aku kehilangan kata2 tetapi terus memerhati tingkah lakunya yang menjadikan pembaris sebagai keretapi. Ku biarkan di melayan angannannya, kerana kerja lukisan yang kuberikan padanya telah disiapkannya. Warna pensil pun meminta dari kawannya. Aduh tersentuhnya hatiku.... akan ku bekalkan dia sekotak warna yang harga apalah sangat bersama kasih sayangku seorang ibu... kerana aku tidak punya wang yang ada hanyalah kasih sayang.... Inilah kisah hari pertama aku bekerja bagi tahun 2012... telah menyentap tangkai hatiku... insan kerdil itu yang masih tidak kenal ranjau kehidupan tapi harus melaluinya.....
Aku suka mengajar kelas2 akhir... di sini aku banyak temui cerita kehidupan dan mereka amat rindukan belaian bukan kerana tiada ada tetapi kadang2 kehidupan menyebabkan mereka tidak mendapatkannya... dan ada juga tiada kerana memang tiada... aku suka memeluk dan mencium mereka bagai seorang ibu kerana itulah yang mereka rindukan.....

Aku hanya guru biasa....... Tun Teja........ Ku tidak punya wang dan harta yang melimpah tetapi ku punya kasih sayang yang melimpah..... untuk anak didikku...

Bab 2

Bicara menyentuh hati.....

Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat.

Siren pertukaran waktu telah berbunyi aku yang sejak dari tadi telah bersedia dengan kertas lukisan tegak berdiri di hadapan kelas ..... ku lihat guru Bahasa Inggeris masih ada di dalam kelas. Aku berjalan-jalan di sekitar kelas tersebut sambil memerhati persekitaran. Herm... semuanya bersih. Ku lihat tukang kebun sekolahku begitu sibuk memangkas pokok bunga yang merendang tanpa jagaan. Tidak lama kemudian aku terdengar suara murid mengucapkan terima kasih. Aku segera bergerak masuk ke kelas. Seperti biasa setelah semua murid berdiri tegak lantas aku memberi salam dan menjadi kebiasaanku sebelum aku memulakan kelas aku membaca al-fatihah dan doa semoga setiap ilmu yang kuberikan kepada murid-muridku mendapat keberkatan. 
Tiba-tiba Mat bersuara "cikgu, kertas cikgu sama dengan kertas Mat." sambil Mat menunjukkan kertas lukisan miliknya yang berkedut-kedut.
aku mengangguk sambil memerhatinya. 
"Mat beli ke?" "haah mat beli tapi dah berkedut" jawabnya.
"kenapa Mat beli?" tanyaku lagi.
"Mat nak melukis tapi Mat tak ada warna." aku hanya mengangguk.
Lantas ku capai kertas lukisan yang ku bawa dan ku edarkan kepada semua murid. 
Setelah itu aku memulakan pengajaranku. Seperti biasa sebelum memulakan pengajaran utamaku aku bersoal jawab dengan murid untuk membuka minda mereka ke arah isi pelajaran pada hari itu. Kami berbual tentang orang yang disayangi. meminta mereka menyenaraikan orang yang mereka sayang dan mengapa mereka sayangi. Rata-rata anak muridku mengatakan orang yang sangat mereka sayangi ialah ibu mereka. Aku lihat Mat tidak menyampuk dia hanya mendengar jawapan yang diberikan oleh kawan2nya. Namun aku menambah lagi dengan mengatakan bahawa ramai yang kita sayangi adik, abang, kakak, nenek dan datuk juga antara yang kita sayangi.
Setelah itu aku mulai kepada isi utama pembelajaran pendidikan seniku pada hari tu di bawah menggambar yang bertajuk orang yang disayangi. Anak-anak muridku mula melakar orang yang mereka sayangi. Ku lihat Mat belum memulakan lagi. Lantas aku bergerak ke arah Mat, dan bertanya, "Mat kenapa tak mula lagi melukis?" 
"Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat." Balas Mat sambil memandangku.
Aku terdiam seketika. Dalam hatiku berbisik kau tetap mengingati dan menyayangi ibumu. Hampir aku terlupa aku ada membawa sekotak warna pensil untuk kuberikan kepada Mat. Lantas ku capai kotak warna pensil itu dan ku serahkan kepada Mat. sambil itu aku menjawab persoalan Mat tadi. 
"Mat... selain ibu siapa lagi yang Mat sayangi?" tanyaku dengan lembut sambil mengusap kepalanya.
"Mat nak lukis tok lah."
Lantas dia mencapai pensil yang kubeli semalam dan mula melakar. Ku lihat dia seorang yang berbakat dan penuh minat terhadap mata pelajaran pendidikan Seni. Mat melukis dengan tekun. Sambil anak2 muridku melukis aku menyelami jiwa mereka tentang orang yang mereka sayangi. Berbagai soalan yang ku ajukan. Ada yang melukis sambil bercerita kepadaku. "cikgu mak saya suka berleter, " dan bermacam cerita yang ku dapat tentang pandangan mereka terhadap ibu dan bapa mereka ada yang positif dan ada yang negatif dan menjadi tugasku mendidik hati mereka tentang nilai2 murni dalam kehidupan. Ku ceritakan perasaan sebenar seorang ibu supaya mereka sedar tentang perasaan ibu dan bapa mereka, dan sedar betapa besarnya kasih dan sayang orang disekeliling terhadap mereka. 
Ku lihat Mat terus melukis dengan tekun. Sambil itu dia bercerita padaku tentang toknya itu.
"Cikgu, Mat nak lukis tok Mat yang pergi Mekah."
Masa pendidikan seni hari ini hanya 30 minit kerana 30 minit lagi semua murid2 dikehendaki menghadiri perjumpaan persatuan, unit uniform dan kelab yang bermula dari pukul 12.30 hingga 2.00 petang. Unit2 tersebut adalah dibawah unitku dan aku yang menetapkan memandangkan program perlu dijalankan segera. Aku tidak mahu seperti tahun lepas waktu yang sangat suntok menjadikan program dijalankan dalam keadaan yang sangat terdesak.
Semasa Mat melukis sempat aku mengambil hasil lakaran anak muridku termasuklah Mat. Antara kawan-kawannya Mat telah berjaya menyiapkan lukisannya sehingga kepada mewarna lukisannya. Bersama-sama ini ku sertakan lukisan yang telah Mat lukis untuk tatapan semua....

Bab 3

Bicara menyentuh hatiku....

Mat demam hari ini.... dan tersentuh hatiku apabila dia menceritakan bagaimana dia menjaga datuknya yang demam dan menceritakan cara2 melakukannya... tersentuh hati keibuanku....

Hari ini aku kebilik guru melihat persediaan anak buahku untuk perlawanan hoki esok. Kulihat Mat sedang duduk di sofa bilik guru. Lantas ku sapanya. "Mat kenapa duduk kat sini?" Dia memandangkan dengan wajah bagai memohon simpati. "Cikgu Mat demam." Mendengar kata-katanya lantas ku sentuh dahinya "haah la... Mat demam, panas sangat ni," sambil aku meraba lehernya untuk merasa kepanasan suhu badannya dan sememangnya sangat panas. "Mat dah makan pagi tadi?" tanyaku dengan belas. "Dah, cikgu, pagi tadi Mat dah makan." Mat menjawab sambil menganggukkan kepalanya. 
"Kenapa Mat datang ke sekolah kalau dah demam, duduk kat rumah rehat."
kataku dengan nada kesal.
"Tok suruh Mat datang juga kesekolah" jawabnya dengan lurus.
"Ermmm .. tak pelah sapa yang ada di rumah?" tanya sambil memandang wajah Mat.
"Tok ada cikgu." 
"Ok kalau macam tu. jom cikgu antar Mat balik duduk kat sini Mat tak boleh rehat."
Mat hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
Lantas dia mencapai beg sekolahnya dan kami sama-sama menuju ke arah keretaku. Rumah atoknya tidak berapa jauh dari sekolah. Sesampai kami di rumahnya kelihatan sunyi tiada sesiapa. Lantas ku bertanya kepada Mat namun Mat menyatakan toknya sedang tidur. Aku membiarkan dia memasuki rumahnya yang tidak berkunci dan tepat tekaan ku tiada sesiapa di rumah. Lantas aku mengajak Mat balik semula ke sekolah dan tidak mungkin aku membiarkan dia bersendirian di rumah. Di dalam perjalan ku hulurkan sebiji roti. Lantas dengan perlahan dia memakannya. Tidak lama dia berhenti memakan roti itu. "Cikgu, Mat tak ada selera nak makan, bila demam memang tak ada selera nak makan." Katanya sambil menyimpan separuh roti yang tidak dihabiskannya itu ke dalam plastik bungkusan. "Cikgu, masa tok Mat demam Mat cari kain buruk lepas tu mat rendam dalam air mat letak kat badan tok." terpana seketika aku mendengar cerita dari seorang anak kecil yang usianya baru mencecah 10 tahun. Lantas ku bertanya semula untuk memastikannya.
"Mat buat macam mana?" sengaja aku meminta dia mengulangi ceritanya semula. "Kalau tok Mat demam, Mat cari kain buruk lepas tu Mat rendam kain buruk tu dalam air lepas tu Mat perah kuat-kuat, jangan basah sangat, lepas tu Mat lipat-lipat kain tu Mat letak atas dahi tok, sampai tok tidur." 
Ya Allah, aku berbisik di dalam hati... air mataku ku tahankan terharunya ku rasakan se kecil ini telah mampu merawati datuknya yang demam malahan menjaga sehingga datuknya tidur.... Ya Allah mulianya hati anak kecil ini seharian aku di sekolah tersentuh dengan ceritanya itu. Sampai dibilikku ku biarkan air mataku mengalir. Aku benar2 tersentuh mendengar ceritanya. Mat anak kecil yang lurus dan suci hatinya. Setiap kali aku memandangnya pasti hatiku akan berasa belas. Aku berdoa dia tidak akan berubah... aku bimbang apabila dia meningkat remaja keadaan menjadikan dia kecewa tidak menerima seadanya... Ya Allah lindungilah jadikanlah dia insan yang mulia. Aku tidak tahu sampai bila aku akan menjadi pendengar ceritanya setiap kali masuk kelasnya pasti ada cerita yang diceritakan padaku. dan semuanya menyentuh rasa keibuanku.... beruntungnya anak-anakku... Lindungilah anak-anakku jua jadikan mereka insan yang mulia.

Saturday, January 7, 2012

Aku telah kehilangan kata-kata untuk berkarya... kemana menghilang ilhamku... akhirnya hanya kaku dan bisu.. ku cuba memerah minda ku untuk melahirkan kata2 indah, namun sia-sia semuanya beku belaka.... aduhai kemanakah hilang ilhamku....

Saturday, October 22, 2011

Sinopsis



SINOPSIS
AISYAH SEORANG GADIS YANG BIJAK, MANJA, LINCAH SERTA PENYAYANG DIJADIKAN ANAK ANGKAT OLEH HALIM DAN RAHMAH SETELAH MENEMUINYA DI TANGGA RUMAH MEREKA. DALAM MASA YANG SAMA JUGA KETIKA ITU MEREKA TIDAK MEMPUNYAI ANAK WALAU PUN SETELAH BERUMAH- TANGGA SELAMA 5 TAHUN.
AISYAH DI BELA DENGAN PENUH KASIH SAYANG OLEH HALIM DAN RAHMAH MALAHAN, MENGANGGAP AISYAH PEMBAWA TUAH KERANA  SELEPAS MENGAMBIL AISYAH SEBAGAI ANAK ANGKAT RAHMAH DAN HALIM TELAH DIKURNIAKAN TIGA ORANG ANAK LELAKI DAN SEORANG ANAK PEREMPUAN DARI DARAH DAGING MEREKA SENDIRI.
SETELAH TAMAT SPM AISYAH BERJAYA MELAYAKKAN DIRINYA UNTUK MEMASUKI MAKTAB PERGURUAN DAN KETIKA DI SANA DIA TELAH BERTEMU DENGAN FAKHRUL RAZI SEORANG PEMUDA YANG BERKARISMA DAN MEREKA SALING MENYIMPAN PERASAAN NAMUN DEMI MENGEJAR CITA-CITA DISIMPAN SEGALA RASA HATI. DAN AKHIRNYA DISEMESTER AKHIR FAKHRUL RAZI BERTERUS TERANG DAN DIA BERJANJI SETELAH 2 TAHUN TAMAT BELAJAR DIA AKAN MELAMAR AISYAH.
SETELAH TAMAT BELAJAR AISYAH TELAH DIPOSTINGKAN KE KAMPUNGNYA FELDA TROLAK SELATAN SEMENTARA FAKHRUL RAZI TELAH DIPOSTINGKAN KE PAHANG. WALAUPUN BERJAUHAN NAMUN HUBUNGAN MEREKA TETAP BERJALAN LANCAR. SEHINGGALAH FAKHRUL INGIN MEMBAWA AISYAH BERTEMU KELUARGANYA. SEBELUM AISYAH BERTEMU KELUARGA FAKHRUL RAZI,  HALIM DAN RAHMAH TELAH BERTERUS TERANG TENTANG LATAR BELAKANG AISYAH YANG SEBENAR YANG MANA SEBELUM INI TIDAK PERNAH DICERITAKAN KEPADA AISYAH.
HALIM DAN RAHMAH MENCERITAKAN KEPADA AISYAH BAGAIMANA AISYAH YANG DITEMUI DI TANGGA RUMAH MEREKA DAN SETERUSNYA DIJADIKAN ANAK ANGKAT KERANA KEBETULANNYA MEREKA TIDAK MEMPUNYAI ANAK PADA KETIKA ITU. SETELAH MEREKA MEMIKIRKAN BAHAWA AISYAH MAMPU MENGHADAPI KENYATAAN DIRINYA BAHAWA, DIRINYA ADALAH ANAK YANG TERBUANG YANG DITEMUI DI ATAS TANGGA RUMAH MEREKA LALU DIJADIKAN ANAK ANGKAT.
PADA MULANYA AISYAH TIDAK DAPAT MENERIMA DAN MERASAKAN DIRINYA AMAT TERHINA KERANA DIRINYA ANAK TIDAK SAH TARAF. TETAPI SETELAH DIBERIKAN KEYAKINAN DAN DIPUJUK OLEH RAHMAH IBUNYA BAHAWA DIA TIDAK BERSALAH DAN DIA TIDAK DIMINTA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK TANPA BAPA DAN DIA TIDAK MENANGGUNG DOSA YANG DILAKUKAN OLEH IBU BAPANYA. AKHIRNYA AISYAH DAPAT MENERIMANYA.
SEPERTI YANG DIJANJIKAN SETELAH DUA TAHUN BEKERJA FAKRUL RAZI INGIN MELAMAR AISYAH SEBAGAI ISTERINYA LALU DIA MEMBAWA AISYAH BERTEMU KELUARGANYA. NAMUN SEBELUM ITU AISYAH TERLEBIH DAHULU MENCERITAKAN ASAL USUL DIRINYA KEPADA FAKHRUL RAZI DAN MENYERAHKAN KEPADA FAKHRUL RAZI SAMADA SUDI UNTUK TERUS MENJADIKANNYA ISTERI ATAU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN MEREKA. FAKHRUL RAZI TETAP BERTEGAS BAHAWA DIA TETAP MENYINTAI AISYAH DAN DIA TIDAK PEDULI TENTANG ASAL USUL AISYAH YANG PENTING ADALAH DIRI AISYAH SENDIRI. NAMUN RAMLAH, IBU FAKHRUL RAZI TIDAK BERSETUJU UNTUK MENERIMA AISYAH SEBAGAI MENANTUNYA SETELAH MENGETAHUI LATAR BELAKANG AISYAH WALAUPUN MEREKA TAHU AISYAH SEORANG GADIS YANG BAIK. DALAM MASA YANG SAMA DIA CUBA MENJODOHKAN FAKRUL RAZI DENGAN ANAK KAWAN BAIK MEREKA HAIRANI, NAMUN TIDAK DIPERSETUJUI OLEH FAKHRUL RAZI DAN HAIRANI SENDIRI KERANA HAIRANI SENDIRI MEMPUNYAI PILIHAN HATINYA SENDIRI.
SUATU HARI KELUARGA AISYAH DIDATANGI SEPASANG SUAMI ISTERI BERBANGSA CINA DAVID CHIA DAN MARRY ONG BERSAMA SEORANG PEREMPUAN INDONESIA IAITU DEWI.  MEREKA BERJUMPA DENGAN RAHMAH DAN HALIM DAN MENGAKUI BAHAWA AISYAH ADALAH ANAK MEREKA. INI SUNGGUH MEMERANJATKAN HALIM DAN RAHMAH. DAN LEBIH MEMERANJATKAN MEREKA APABILA MENGETAHUI KEDUDUKAN SEBENAR BAHAWA AISYAH BUKANLAH DIBUANG ATAU PUN ANAK LUAR NIKAH SEPERTI YANG MEREKA SANGKAKAN SELAMA INI TETAPI DILARIKAN OLEH MARIATI IAITU KAWAN BAIK DEWI. SEBELUM MARIATI MENINGGAL DUNIA KERANA BARAH BUAH DADA MARIATI TELAH MENCERITAKAN SEGALANYA KEPADA DEWI DAN MEMINTA DEWI MENEMUI DAVID DAN MARRY. DEWI JUGA MENCERITAKAN MENGAPA MARIATI BERTINDAK DEMIKIAN, KERANA DENDAM, MARIATI MELARIKAN AISYAH YANG NAMA SEBENARNYA IALAH ELISA. DIA BERDENDAM TERHADAP DAVID DAN MARRY YANG PADA PANDANGANNYA MENYEBABKAN KEMATIAN ANAKNYA.
PERISTIWA INI BERLAKU 25 TAHUN YANG LALU DIMANA MARIATI BEKERJA DI RUMAH DAVID DAN MARRY, SUATU HARI ANAK MARIATI DEMAM PANAS DAN DIA MEMOHON CUTI UNTUK MEMBAWA ANAKNYA KE KLINIK TETAPI TIDAK DIIZINKAN OLEH MARRY. OLEH KERANA TIDAK DIBAWA KE KLINIK DEMAM PANASNYA SEMAKIN TERUK MENYEBABKAN ANAK MARIATI TERKENA SAWAN LALU MENINGGAL DUNIA.
SEJAK DARI ITU MARIATI MENGANGGAP MARRY PENYEBAB KEPADA KEMATIAN ANAKNYA. DAN TIDAK LAMA SELEPAS ITU MARRY TELAH MELAHIRKAN ANAK PEREMPUAN YANG KEDUA IAITU ELISA, DAN MARIATI MERANCANG UNTUK MELARIKANNYA DAN MENINGGALKAN ANAK ITU, DIA INGIN MARRY MERASAI BAGAIMANA KEHILANGAN SEORANG ANAK.
SUATU HARI KETIKA DAVID DAN MARRY SIBUK MENGURUSKAN PERNIAGAAN MEREKA DAN ELIS KAKAK KEPADA ELISA DIHANTAR KE TADIKA MARIATI TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MELARIKAN ELISA SEHINGGA KE FELDA TROLAK SELATAN DAN MENINGGALKANNYA DI TANGGA RUMAH HALIM DAN RAHMAH. SETELAH MEMASTIKAN BAHAWA EMIRA ELISYA DITEMUI OLEH HALIM DAN RAHMAH DIA MENGHILANGKAN DIRI.
NAMUN AKHRINYA MARIATI MENYEDARI KESILAPANNYA DAN MERASAKAN SANGAT BERSALAH DAN SEBELUM DIA MENINGGAL DUNIA, DIA TELAH MENCARI BERITA TENTANG ELISA DAN MENGETAHUI BAHAWA ELISA TELAH DIJADIKAN ANAK ANGKAT OLEH HALIM DAN RAHMAH.  SETELAH ITU, DIA MEMINTA SAHABAT BAIKNYA UNTUK MENGHUBUNGI MARRY UNTUK MENCERITAKAN HAL YANG SEBENAR DAN MEMBAWA MARRY DAN DAVID BERJUMPA HALIM DAN RAHMAH.
SETELAH MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA DEWI WANITA INDONESIA ITU TIMBUL PERASAAN BELAS DI HATI RAHMAH TERHADAP MARRY NAMUN DALAM MASA YANG SAMA DIA DAN HALIM BERASA SANGAT BIMBANG. MEREKA BIMBANG AKAN KEHILANGAN AISYAH DAN MEREKA BIMBANG KIRANYA AISYAH HARUS KEMBALI KEPADA KEDUA IBU BAPANYA. DAN YANG PALING MEREKA BIMBANGI IALAH AISYAH AKAN BERTUKAR AGAMA ATAU PUN DIPAKSA BERTUKAR AGAMA. NAMUN MARRY DAN DAVID SANGAT MEMAHAMI, PERISTIWA MARIATI MELARIKAN ANAK MEREKA BANYAK MENGAJAR DAN MENYEDARKAN MEREKA. BAGI MEREKA DAPAT BERJUMPA SEMULA ANAK MEREKA DAN MEMASTIKAN ANAK MEREKA BERADA DALAM KEADAAN YANG SELAMAT CUKUP MEMBAHAGIAKAN MEREKA.
PADA MULANYA RAHMAH INGIN MERAHSIAKAN PERKARA INI DARIPADA AISYAH (EMIRA ELISYA) KERANA BIMBANG AISYAH AKAN MELUPAKAN MEREKA DAN AGAMANYA IAITU AGAMA ISLAM, NAMUN DEMI KASIH SAYANG MEREKA KEPADA AISYAH DAN TIDAK MAHU AISYAH TERUS MENDERITA DENGAN STATUSNYA MAKA MEREKA MENCERITAKAN AKAN ASAL USUL AISYAH YANG SEBENAR DAN MENYERAHKAN KEPADA AISYAH UNTUK TERUS BERSAMA MEREKA ATAU KEMBALI KEPADA KELUARGA ASALNYA TANPA PERLU BERTUKAR AGAMA.
AISYAH ENGGAN KEMBALI KEPADA KELUARGANYA KERANA DIA SANGAT MENYAYANGI KEDUA IBU BAPA ANGKATNYA YANG MEMBESARKANNYA DENGAN BAIK. NAMUN DIA JUGA MENERIMA KEDUA IBU DAN BAPANYA DAN MENGHORMATI MEREKA WALAUPUN BUKAN SEAGAMA DENGANNYA. MALAHAN DIA INGIN MERAPATKAN HUBUNGAN IBU BAPANYA DENGAN IBU BAPA ANGKATNYA. MARRY BEGITU GEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN AISYAH DAN TIDAK MEMAKSA AISYAH BERTUKAR AGAMA MALAHAN MEREKA SANGAT TERBUKA MALAHAN KAKAK AISYAH, ELIS JUGA TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM SETELAH BERKAHWIN DENGAN JOHAN. MALAHAN DAVID DAN JOHAN SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA HALIM DAN RAHMAH KERANA MEMBESARKAN AISYAH DENGAN SEMPURNA HINGGA MENJADI SEORANG YANG SANGAT TINGGI BUDI PEKERTINYA. MALAH DIA SANGAT KAGUM DENGAN PERWATAKAN AISYAH. AISYAH SERING MENGUNJUNGI DAVID DAN MARRY YANG TINGGAL DI KUALA LUMPUR. BAGINYA DAVID TETAP IBU BAPANYA WALAUPUN BERLAINAN AGAMA NAMUN HUBUNGAN TETAP TIDAK AKAN PUTUS.
SEMENTARA FAKRUL RAZI TERUS MENENTANG KEHENDAK IBUNYA JAMILAH YANG INGIN MENGAHWINKANNYA DENGAN HAIRANI ANAK GADIS SAHABAT LAMA MEREKA. PADA SUATU HARI KETIKA PULANG DARI MENGAJAR FAKRUL RAZI KEMALANGAN MENYEBABKAN DIA MENGALAMI KEHILANGAN DARAH YANG BANYAK DAN KEBETULAN FAKRUL RAZI MEMILIKI DARAH JENIS “O” BERMAKNA DIA HANYA BOLEH MENERIMA DARAH DARI JENIS YANG SAMA. BAPA FAKRUL RAZI MEMPUNYAI DARAH JENIS TERSEBUT NAMUN TIDAK BOLEH MENDERMA KERANA MASALAH KESIHATAN. HAIRANI YANG MENGETAHUI PERISTIWA KEMALANGAN ITU MENELEFON AISYAH DAN MEMAKLUMKAN BAHAWA FAKHRUL RAZI KEMALANGAN.
PADA KETIKA ITU AISYAH BERADA DI KUALA LUMPUR DI RUMAH DAVID IAITU BAPANYA. MENDENGAR BERITA ITU AISYAH SEGERA KE HOSPITAL TEMERLOH BERSAMA DENGAN DAVID DAN MARY . KEHADIRAN AISYAH SANGAT TIDAK DISENANGI OLEH JAMILAH NAMUN MENGENANGKAN KEADAAN FAKHRUL RAZI SERTA KEHADIRAN DAVID DAN MARRY MENYEBABKAN DIA CUMA BERDIAM DIRI.SEMENTARA AISYAH SETELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA FAKHRUL RAZI MEMERLUKAN DARAH JENIS “O “ DAN KEBETULANNYA AISYAH MEMPUNYAI DARAH ITU, TANPA BERLENGAH AISYAH MENDERMAKAN DARAHNYA KEPADA FAKHRUL RAZI. MELIHAT KEIKHLASAN AISYAH MENYEDARKAN JAMILAH DAN MEMINTA MAAF KEPADA AISYAH.  SETELAH ITU, AISYAH MEMPERKENALKAN IBU DAN BAPANYA KEPADA HUSSIN DAN JAMILAH IAITU IBU DAN BAPA FAKHRUL RAZI.
SETELAH BEBERAPA HARI FAKHRUL RAZI TELAH SEDAR, DAN DILIHAT SEMUA ORANG TERSAYANG BERADA DI SEKELILINGNYA, TERUTAMA AISYAH. HAIRANI JUGA TURUT HADIR BERSAMA KELUARGANYA DAN IRSYAD BAKAL TUNANGANNYA. DAN MARRY DAN DAVID DIPERKENALKAN SEBAGAI IBU DAN BAPANYA.
                                                                                              TAMAT
WATAK & PERWATAKAN
AISYAH (20an)
Aisyah atau Elisa anak angkat kepada Halim dan Rahmah. Dibesarkan dengan didikan yang sempurna oleh Halim dan Rahmah dan berjaya menjadi seorang guru. Seorang yang penyayang, lincah dan manja. Berdarah keturunan Cina. Ditinggalkan oleh pembantu rumah di tangga rumah Halim dan Rahmah. Sentiasa sabar, tabah dan tenang menghadapi pandangan masyarakat terhadap dirinya. Sangat menghormati dan menyayangi keluarga.

FAKHRUL RAZI
Seorang guru muda lepasan Universiti Perguruan Sultan Idris yang merupakan juga rakan sekuliah Aisyah. Seorang yang berkarisma dan sangat tegas dengan pendiriannya. Memendam perasaan terhadap Aisyah demi memementingkan cita-citanya namun diakhir semester dia berterus terang kepada Aisyah akan cintanya itu terhadap Aisyah. Sangat menjaga batas susila adat dan agama ketika bercinta dengan Aisyah.

HALIM (50 an)
Seorang peneroka felda yang berkahwin dengan Rahmah namun tidak dikurniakan anak setelah berkahwin selama lima tahun. Bapa angkat kepada Aisyah dan sangat menyayangi Aisyah walaupun Aisyah dikatakan anak tidak sah taraf. Seorang yang penyayang terhadap keluarga dan sentiasa bekerja keras bagi meningkatkan taraf kehidupan keluarganya. Sabar dan berfikiran terbuka namun sangat mementingkan agama dalam membentuk rumah tangganya.

RAHMAH (50 an)
Isteri kepada Halim. Seorang isteri yang taat, lembut dan penyayang namun tegas dalam mendidik anak-anak. Ibu angkat kepada Aisyah Mudah simpati terhadap kanak-kanak dan sangat benci kepada orang yang membuang anak. Berfikiran terbuka tetapi dalam mendidik anak-anaknya dia sangat mementingkan agama.


RAMLAH (50 an)
Ibu Fakhrul Razi, sangat berpegang teguh kepada agama namun tidak berfikiran terbuka. Sangat mementingkan latar belakang dan keturunan keluarga dalam memilih menantu.

HUSSIN (50 an)
Bapa kepada Fakhrul Razi, seorang imam masjid namun berfikiran terbuka. Beliau seorang yang penyayang tempat Fakhrul Razi bercerita. Tidak kisah dengan pilihan Fakhrul Razi kerana yakin Fakhrul Razi seorang yang matang dan mampu membuat keputusan.

DAVID (50 an)
Seorang Usahawan berjaya sehingga mendapat gelaran dato’ tetapi pada awalnya sangat sombong dan sangat mementingkan harta serta pangkat. Tidak memperdulikan kebajikan pekerjanya sehingga menyebabkan anak orang gajinya meninggal akibat demam panas dan tidak di bawa ke hospital. Namun telah menyedari kesilapannya setelah kehilangan anaknya dan bertambah pula apabila menemui anaknya Amira Elisya telah berjaya didik dengan baik oleh hanya seorang peneroka.

MARRY (50 an)
Seorang isteri yang berkerjaya. Juga mementingkan harta dan pangkat serta sombong. Tidak bertimbang rasa terhadap pembantu rumahnya. Sangat berbangga dengan harta dan pangkatnya. Namun menyedari kesilapannya setelah kehilangan anak dan setelah menemui semua Elisya.

DEWI (50 an)
Merupakan sahabat baik Mariati dan telah diamanahkan oleh Mariati untuk membawa David dan Marry bertemu semula dengan anak mereka iaitu Elisya.
HAIRANI (20 an)
Anak sahabat baik ibu bapa Fakrul Razi juga guru lepasa universiti Malaya telah mempunyai pilihan hati tetapi takut untuk berterus terang terhadap keluarga. Seorang yang baik.