Tuesday, February 7, 2012

Bab 1

Bicara hati..... Mat.....

Perbualan yang meruntun tangkai hatiku:

Saya: awak duduk dengan sapa?
Mat : duduk dengan datuk...
Saya: oooo ayah dengan mak awak keje Kl ya?
Mat : tak cikgu, ayah kat ...........
Aku termanggu terdiam seketika... nak menitik air mataku... wajahnya polos dan bersikap keanak-anakkan...
Saya : Mak?
Mat : mak kat Johor... keje..
Saya : selalu balik?
Mat tanpa berkata apa2 hanya menggeleng2kan kepalanya dan lagi sekali termanggu... dan dalam hatiku berbisik tabahnya kau anakku...
selepas itu aku terus melihat murid2 lain membuat kerja melukis... aku mengajar pendidikan seni...tiba-tiba Mat bersuara padaku..
Mat : Cikgu nanti datuk janji nak belikan mat keretapi kecik... kat belakangnya ada gerabak... mat pernah tengok keretapi sedang berjalan, kat belakang yang hujung sekali ada tangki...
dengan petah dia bercerita padaku dan aku cuba melayan perbualannya...
Aku : Mat tengok kat mana?
Mat : Mat tengok kat .....
Aku : oooo....
aku kehilangan kata2 tetapi terus memerhati tingkah lakunya yang menjadikan pembaris sebagai keretapi. Ku biarkan di melayan angannannya, kerana kerja lukisan yang kuberikan padanya telah disiapkannya. Warna pensil pun meminta dari kawannya. Aduh tersentuhnya hatiku.... akan ku bekalkan dia sekotak warna yang harga apalah sangat bersama kasih sayangku seorang ibu... kerana aku tidak punya wang yang ada hanyalah kasih sayang.... Inilah kisah hari pertama aku bekerja bagi tahun 2012... telah menyentap tangkai hatiku... insan kerdil itu yang masih tidak kenal ranjau kehidupan tapi harus melaluinya.....
Aku suka mengajar kelas2 akhir... di sini aku banyak temui cerita kehidupan dan mereka amat rindukan belaian bukan kerana tiada ada tetapi kadang2 kehidupan menyebabkan mereka tidak mendapatkannya... dan ada juga tiada kerana memang tiada... aku suka memeluk dan mencium mereka bagai seorang ibu kerana itulah yang mereka rindukan.....

Aku hanya guru biasa....... Tun Teja........ Ku tidak punya wang dan harta yang melimpah tetapi ku punya kasih sayang yang melimpah..... untuk anak didikku...

Bab 2

Bicara menyentuh hati.....

Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat.

Siren pertukaran waktu telah berbunyi aku yang sejak dari tadi telah bersedia dengan kertas lukisan tegak berdiri di hadapan kelas ..... ku lihat guru Bahasa Inggeris masih ada di dalam kelas. Aku berjalan-jalan di sekitar kelas tersebut sambil memerhati persekitaran. Herm... semuanya bersih. Ku lihat tukang kebun sekolahku begitu sibuk memangkas pokok bunga yang merendang tanpa jagaan. Tidak lama kemudian aku terdengar suara murid mengucapkan terima kasih. Aku segera bergerak masuk ke kelas. Seperti biasa setelah semua murid berdiri tegak lantas aku memberi salam dan menjadi kebiasaanku sebelum aku memulakan kelas aku membaca al-fatihah dan doa semoga setiap ilmu yang kuberikan kepada murid-muridku mendapat keberkatan. 
Tiba-tiba Mat bersuara "cikgu, kertas cikgu sama dengan kertas Mat." sambil Mat menunjukkan kertas lukisan miliknya yang berkedut-kedut.
aku mengangguk sambil memerhatinya. 
"Mat beli ke?" "haah mat beli tapi dah berkedut" jawabnya.
"kenapa Mat beli?" tanyaku lagi.
"Mat nak melukis tapi Mat tak ada warna." aku hanya mengangguk.
Lantas ku capai kertas lukisan yang ku bawa dan ku edarkan kepada semua murid. 
Setelah itu aku memulakan pengajaranku. Seperti biasa sebelum memulakan pengajaran utamaku aku bersoal jawab dengan murid untuk membuka minda mereka ke arah isi pelajaran pada hari itu. Kami berbual tentang orang yang disayangi. meminta mereka menyenaraikan orang yang mereka sayang dan mengapa mereka sayangi. Rata-rata anak muridku mengatakan orang yang sangat mereka sayangi ialah ibu mereka. Aku lihat Mat tidak menyampuk dia hanya mendengar jawapan yang diberikan oleh kawan2nya. Namun aku menambah lagi dengan mengatakan bahawa ramai yang kita sayangi adik, abang, kakak, nenek dan datuk juga antara yang kita sayangi.
Setelah itu aku mulai kepada isi utama pembelajaran pendidikan seniku pada hari tu di bawah menggambar yang bertajuk orang yang disayangi. Anak-anak muridku mula melakar orang yang mereka sayangi. Ku lihat Mat belum memulakan lagi. Lantas aku bergerak ke arah Mat, dan bertanya, "Mat kenapa tak mula lagi melukis?" 
"Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat." Balas Mat sambil memandangku.
Aku terdiam seketika. Dalam hatiku berbisik kau tetap mengingati dan menyayangi ibumu. Hampir aku terlupa aku ada membawa sekotak warna pensil untuk kuberikan kepada Mat. Lantas ku capai kotak warna pensil itu dan ku serahkan kepada Mat. sambil itu aku menjawab persoalan Mat tadi. 
"Mat... selain ibu siapa lagi yang Mat sayangi?" tanyaku dengan lembut sambil mengusap kepalanya.
"Mat nak lukis tok lah."
Lantas dia mencapai pensil yang kubeli semalam dan mula melakar. Ku lihat dia seorang yang berbakat dan penuh minat terhadap mata pelajaran pendidikan Seni. Mat melukis dengan tekun. Sambil anak2 muridku melukis aku menyelami jiwa mereka tentang orang yang mereka sayangi. Berbagai soalan yang ku ajukan. Ada yang melukis sambil bercerita kepadaku. "cikgu mak saya suka berleter, " dan bermacam cerita yang ku dapat tentang pandangan mereka terhadap ibu dan bapa mereka ada yang positif dan ada yang negatif dan menjadi tugasku mendidik hati mereka tentang nilai2 murni dalam kehidupan. Ku ceritakan perasaan sebenar seorang ibu supaya mereka sedar tentang perasaan ibu dan bapa mereka, dan sedar betapa besarnya kasih dan sayang orang disekeliling terhadap mereka. 
Ku lihat Mat terus melukis dengan tekun. Sambil itu dia bercerita padaku tentang toknya itu.
"Cikgu, Mat nak lukis tok Mat yang pergi Mekah."
Masa pendidikan seni hari ini hanya 30 minit kerana 30 minit lagi semua murid2 dikehendaki menghadiri perjumpaan persatuan, unit uniform dan kelab yang bermula dari pukul 12.30 hingga 2.00 petang. Unit2 tersebut adalah dibawah unitku dan aku yang menetapkan memandangkan program perlu dijalankan segera. Aku tidak mahu seperti tahun lepas waktu yang sangat suntok menjadikan program dijalankan dalam keadaan yang sangat terdesak.
Semasa Mat melukis sempat aku mengambil hasil lakaran anak muridku termasuklah Mat. Antara kawan-kawannya Mat telah berjaya menyiapkan lukisannya sehingga kepada mewarna lukisannya. Bersama-sama ini ku sertakan lukisan yang telah Mat lukis untuk tatapan semua....

Bab 3

Bicara menyentuh hatiku....

Mat demam hari ini.... dan tersentuh hatiku apabila dia menceritakan bagaimana dia menjaga datuknya yang demam dan menceritakan cara2 melakukannya... tersentuh hati keibuanku....

Hari ini aku kebilik guru melihat persediaan anak buahku untuk perlawanan hoki esok. Kulihat Mat sedang duduk di sofa bilik guru. Lantas ku sapanya. "Mat kenapa duduk kat sini?" Dia memandangkan dengan wajah bagai memohon simpati. "Cikgu Mat demam." Mendengar kata-katanya lantas ku sentuh dahinya "haah la... Mat demam, panas sangat ni," sambil aku meraba lehernya untuk merasa kepanasan suhu badannya dan sememangnya sangat panas. "Mat dah makan pagi tadi?" tanyaku dengan belas. "Dah, cikgu, pagi tadi Mat dah makan." Mat menjawab sambil menganggukkan kepalanya. 
"Kenapa Mat datang ke sekolah kalau dah demam, duduk kat rumah rehat."
kataku dengan nada kesal.
"Tok suruh Mat datang juga kesekolah" jawabnya dengan lurus.
"Ermmm .. tak pelah sapa yang ada di rumah?" tanya sambil memandang wajah Mat.
"Tok ada cikgu." 
"Ok kalau macam tu. jom cikgu antar Mat balik duduk kat sini Mat tak boleh rehat."
Mat hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
Lantas dia mencapai beg sekolahnya dan kami sama-sama menuju ke arah keretaku. Rumah atoknya tidak berapa jauh dari sekolah. Sesampai kami di rumahnya kelihatan sunyi tiada sesiapa. Lantas ku bertanya kepada Mat namun Mat menyatakan toknya sedang tidur. Aku membiarkan dia memasuki rumahnya yang tidak berkunci dan tepat tekaan ku tiada sesiapa di rumah. Lantas aku mengajak Mat balik semula ke sekolah dan tidak mungkin aku membiarkan dia bersendirian di rumah. Di dalam perjalan ku hulurkan sebiji roti. Lantas dengan perlahan dia memakannya. Tidak lama dia berhenti memakan roti itu. "Cikgu, Mat tak ada selera nak makan, bila demam memang tak ada selera nak makan." Katanya sambil menyimpan separuh roti yang tidak dihabiskannya itu ke dalam plastik bungkusan. "Cikgu, masa tok Mat demam Mat cari kain buruk lepas tu mat rendam dalam air mat letak kat badan tok." terpana seketika aku mendengar cerita dari seorang anak kecil yang usianya baru mencecah 10 tahun. Lantas ku bertanya semula untuk memastikannya.
"Mat buat macam mana?" sengaja aku meminta dia mengulangi ceritanya semula. "Kalau tok Mat demam, Mat cari kain buruk lepas tu Mat rendam kain buruk tu dalam air lepas tu Mat perah kuat-kuat, jangan basah sangat, lepas tu Mat lipat-lipat kain tu Mat letak atas dahi tok, sampai tok tidur." 
Ya Allah, aku berbisik di dalam hati... air mataku ku tahankan terharunya ku rasakan se kecil ini telah mampu merawati datuknya yang demam malahan menjaga sehingga datuknya tidur.... Ya Allah mulianya hati anak kecil ini seharian aku di sekolah tersentuh dengan ceritanya itu. Sampai dibilikku ku biarkan air mataku mengalir. Aku benar2 tersentuh mendengar ceritanya. Mat anak kecil yang lurus dan suci hatinya. Setiap kali aku memandangnya pasti hatiku akan berasa belas. Aku berdoa dia tidak akan berubah... aku bimbang apabila dia meningkat remaja keadaan menjadikan dia kecewa tidak menerima seadanya... Ya Allah lindungilah jadikanlah dia insan yang mulia. Aku tidak tahu sampai bila aku akan menjadi pendengar ceritanya setiap kali masuk kelasnya pasti ada cerita yang diceritakan padaku. dan semuanya menyentuh rasa keibuanku.... beruntungnya anak-anakku... Lindungilah anak-anakku jua jadikan mereka insan yang mulia.

Saturday, January 7, 2012

Aku telah kehilangan kata-kata untuk berkarya... kemana menghilang ilhamku... akhirnya hanya kaku dan bisu.. ku cuba memerah minda ku untuk melahirkan kata2 indah, namun sia-sia semuanya beku belaka.... aduhai kemanakah hilang ilhamku....