Ira mundar mandir di hadapan dewan makan, berulang kali dia melihat jam di tangannya bagaikan menunggu seseorang. Wajah manis gadis kacukan Cina Melayu itu kemerah merahan oleh panas terik mentari. Kata nak tunggu di sini, tapi mananya gerutu Ira dalam hati. Lepas balik latihan mengajar dia bergegas ke hadapan dewan makan asramanya. Tiba-tiba wajah Ira berubah terlihat kelibat seseorang dari jauh sedang menuju ke arahnya........
Hatinya berbunga riang. "So sory Ira, motor Is meragam tadi." dari jauh Iskandar cuba memberi penjelasan. Kalau boleh dia tidak mahu Ira merajuk. Entah mengapa dia sangat sayang akan gadis ini. Namun dia tidak pernah menyuarakannya, yang pasti mereka sangat rapat dan berkongsi banyak perkara. "Tak pe lah...Ira faham, lagi pun selama ni Iskandar Hakimi tak pernah mungkir janji dengan Humaira Aisyah kan? " balas Ira sambil merenung pemuda tinggi lampai dan berkulit sawo matang di hadapannya itu.
Is kian mendekat hingga terbau perfum yang dipakai oleh Is, dan bau itu sangat disenangi oleh Ira. Dan setiap kali pertemuan dengan Iskandar hatinya pasti akan berdebar-debar, dan hal ini cuba disembunyikan Ira daripada pengetahuan Iskandar.
No comments:
Post a Comment