Thursday, September 29, 2011
Siapakah aku
Hati merintih mencari arah nak dituju semuanya kelihatan kaku dan membisu. Setiap pertanyaan tiada jawapan. Kesedihan kian membalut hati. Duri-duri keegoan mencalarkan hati ini adakalanya tak tertahan menahan sakitnya namun masih menanti dengan harapan masih ada sinar menanti. Aku bagai insan yang tak punya rasa. Tidak punya hak untuk berkata melahirkan rasa. Cukup sekadar memandang... memberi dan tidak layak untuk menerima...
Saturday, September 24, 2011
Dimiliki untuk Dilukai..
Petang itu, dengan lemah Aisyah berjalan perlahan-lahan menuju ke perigi yang berada nun di belakang rumahnya. Dengan berhati-hati dia berjalan sambil meraba-raba perutnya, sesekali terasa kaki kecil di dalam perutnya menendang-nendang lembut dinding perutnya. Dia terus berjalan dengan berhati kerana denai menuju ke perigi agak curam. Sesampai di pinggir perigi dia melepas lelahnya bukan setakat membawa berat badannya malahan kandungannya yang berusia 8 bulan. Apabila terasa lelahnya kian hilang perlahan-lahan dia mencapai baldi untuk mengangkat air dari telaga lalu di curahkan kedalam baldi yang dibawanya tadi, setelah penuh dibawanya baldi ke pelantar dengan susah payah untuk mengimbangi badannya yang sarat itu. Kedinginan air perigi menyegarkan tubuh Aisyah yang kelelahan. Setelah selesai mandi untuk kesekian kalinya dia mengisi baldinya dengan air perigi dan dengan susah payah dibawanya pulang untuk dimasak dan membasuh pinggan dan mangkuk. Itulah kehidupan Aisyah sejak mengahwini Khairudin jejaka pilihan hatinya walaupun sebelum ini dia tidak dibesarkan dengan kehidupan begini namun dia menerima seadanya. Ada juga dia menyuarakan rasa hatinya mengajak Khairudin berpindah berhampiran dengan tempatnya mengajar namun Khairudin tidak bersetuju sehinggakan Khairudin memarahinya akhirnya disimpan sahaja keinginannya itu.
Namun dia kecewa Khairudin tidak pernah ambil peduli akan kelelahannya mengangkat air setiap petang untuk kegunaan mereka. Apabila dia meminta bantuan suaminya itu pasti ucapannya "nantilah" kerana hendak bermain bola akhirnya Aisyah kecewa dan malas untuk berbunyi lagi akhirnya segalanya kerja dilakukan sendiri tanpa meminta pertolongan suaminya lagi. Segala sedih, kecewa dan marah ditelannya begitu sahaja. Setiap kali dia mengutarakan keinginannya untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap pasti dimarahi suaminya, dan yang terakhirnya suaminya menyuruhnya mencari sendiri rumah jika ingin berpindah. Itu pun setelah Aisyah bertahan sehingga melahirkan dua orang anak. Akhirnya Aisyah berjaya mendapatkan sebuah quaters lama walaupun tidak selesa tetapi hanya itu yang mampu dilakukan oleh Aisyah akhirnya Khairudin terpaksa akur dengan kehendak Aisyah.
Aisyah benar-benar terkilan dengan sikap suaminya Khairudin namun segalanya disimpan di lubuk hatinya yang paling dalam. Sering kali juga Khairudin memarahinya dengan pelbagi label yang diberikan kepada Aisyah namun semuanya Aisyah telan. Mengapa Khairudin bersikap demikian terhadap dirinya? seringkali pertanyaan itu memenuhi kotak fikirannya. Luka hatinya semakin dalam tiada siapa yang tahu walaupun ibu bapanya sendiri.

Saat ini kebosanan menghantui diriku...berbagai rasa bercampur baur dalam hatiku. Entahlah kucuba mengawal rasa sedihku, luka hatiku, marahku, sakitku...ku cuba lenyapkan semuanya namun kadang-kala aku tidak mampu. Hatiku sentiasa berkata-kata aku tidak diberi hakku. Terlalu banyak burukku di matanya... seolah-olahnya dia manusia paling suci di dunia ini, bertahun-tahun aku dilukakan tidak pernah diberi hakku untuk menyebutnya. Oh Tuhanku berikan aku kekuatan untuk menelan semua ini... amat pahit tetap ku telan jua lukanya hati ini tetap ku tersenyum jua. Ku dimiliki untuk di sakiti. Tidak pernah ada sayangnya dari awal pertemuan hanya sekadar memenuhi ruang yang kosong, apa salahku? tidak layakkah untukku di sayangi? tidak layakkah untuk ku dicintai? Atau hanya sekadar menjaga egonya yang tiada hadnya. Aku tahu, aku tiada di hatinya pun tidak mengapa... Namun apakah salahku padanya hingga begini aku diperlakukan?
Subscribe to:
Posts (Atom)