Saturday, September 24, 2011

Dimiliki untuk Dilukai..

Petang itu, dengan lemah Aisyah berjalan perlahan-lahan menuju ke perigi yang berada nun di belakang rumahnya. Dengan berhati-hati dia berjalan sambil meraba-raba perutnya, sesekali terasa kaki kecil di dalam perutnya menendang-nendang lembut dinding perutnya. Dia terus berjalan dengan berhati kerana denai menuju ke perigi agak curam. Sesampai di pinggir perigi dia melepas lelahnya bukan setakat membawa berat badannya malahan kandungannya yang berusia 8 bulan. Apabila terasa lelahnya kian hilang perlahan-lahan dia mencapai baldi untuk mengangkat air dari telaga lalu di curahkan kedalam baldi yang dibawanya tadi, setelah penuh dibawanya baldi ke pelantar dengan susah payah untuk mengimbangi badannya yang sarat itu. Kedinginan air perigi menyegarkan tubuh Aisyah yang kelelahan. Setelah selesai mandi untuk kesekian kalinya dia mengisi baldinya dengan air perigi dan dengan susah payah dibawanya pulang untuk dimasak dan membasuh pinggan dan mangkuk. Itulah kehidupan  Aisyah sejak mengahwini Khairudin jejaka pilihan hatinya walaupun sebelum ini dia tidak dibesarkan dengan kehidupan begini namun dia menerima seadanya. Ada juga dia menyuarakan rasa hatinya mengajak Khairudin berpindah berhampiran dengan tempatnya mengajar namun Khairudin tidak bersetuju sehinggakan Khairudin memarahinya akhirnya disimpan sahaja keinginannya itu.
Namun dia kecewa Khairudin tidak pernah ambil peduli akan kelelahannya mengangkat air setiap petang untuk kegunaan mereka. Apabila dia meminta bantuan suaminya itu pasti ucapannya "nantilah" kerana hendak bermain bola akhirnya Aisyah kecewa dan malas untuk berbunyi lagi akhirnya segalanya kerja dilakukan sendiri tanpa meminta pertolongan suaminya lagi. Segala sedih, kecewa dan marah ditelannya begitu sahaja. Setiap kali dia mengutarakan keinginannya untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap pasti dimarahi suaminya, dan yang terakhirnya suaminya  menyuruhnya mencari sendiri rumah jika ingin berpindah. Itu pun setelah Aisyah bertahan sehingga melahirkan dua orang anak. Akhirnya Aisyah berjaya mendapatkan sebuah quaters lama walaupun tidak selesa tetapi hanya itu yang mampu dilakukan oleh Aisyah akhirnya Khairudin terpaksa akur dengan kehendak Aisyah.
Aisyah benar-benar terkilan dengan sikap suaminya Khairudin namun segalanya disimpan di lubuk hatinya yang paling dalam. Sering kali juga Khairudin memarahinya dengan pelbagi label yang diberikan kepada Aisyah namun semuanya Aisyah telan. Mengapa Khairudin bersikap demikian terhadap dirinya? seringkali pertanyaan itu memenuhi kotak fikirannya. Luka hatinya semakin dalam tiada siapa yang tahu walaupun ibu bapanya sendiri.

No comments:

Post a Comment