Friday, October 14, 2011
Puan Rahmah berlalu sambil mengagkat beg kecil yang mengandungi beberapa helai pakaian Aisyah. Malas dia melayani kerenah anaka-anaknya itu. Setelah meletakkan beg Aisyah di dalam biliknya dia kembali keluar. Angin petang yang bertiup menolak perlahan-lahan anak rambut Puan Rahman, wajahnya yang putih bersih itu kemerah-merahan disinar mentari petang. Dengan perlahan dia mengatur langkah kearah buaian dihujung halaman rumahnya di bawah pohon mempelam. Dia ingin berehat di situ sambil menunggu kepulangan suaminya dari kerja. Sememang menjadi kebiasaannya menunggu kepulangan suaminya setelah selesai membuat juadah petang dan dihidangkan di atas meja, kerana suaminya pasti akan minum petang setelah pulang dari kerja. Angin bertiup begitu nyaman namun terik mentari petang menggigit kulit namun bebayang pohon mempelam menjadikan buai yang diduduki Puan Rahmah tidak terasa panasnya. Mata Puan Rahman terus memandang gelagat Aisyah yang melayani adik-adiknya bermain sorok-sorok. Hatinya tiba-tiba terasa sayu, berbagai persoalan bermain dikotak fikirannya. Bagaimana harus diceritakan kepada Aisyah, dan bagaimanakan penerimaan Aisyah nanti dengan apa yang akan disampaikan. Saat inilah yang paling membimbangkan Puan Rahmah. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Rahmah dengan suaminya Halim namun perkara itu mati disitu sahaja tiada penyelesaian. Namun kini Rahmah nekad dia harus menceritakan perkara yang sebenar kepada Aisyah setelah berbincang dengan suaminya Halim. Dan dia yakin Aisyah mampu menerimanya dengan matang.
Labels:
Novel 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment