Bicara menyentuh hati.....
Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat.
Siren pertukaran waktu telah berbunyi aku yang sejak dari tadi telah bersedia dengan kertas lukisan tegak berdiri di hadapan kelas ..... ku lihat guru Bahasa Inggeris masih ada di dalam kelas. Aku berjalan-jalan di sekitar kelas tersebut sambil memerhati persekitaran. Herm... semuanya bersih. Ku lihat tukang kebun sekolahku begitu sibuk memangkas pokok bunga yang merendang tanpa jagaan. Tidak lama kemudian aku terdengar suara murid mengucapkan terima kasih. Aku segera bergerak masuk ke kelas. Seperti biasa setelah semua murid berdiri tegak lantas aku memberi salam dan menjadi kebiasaanku sebelum aku memulakan kelas aku membaca al-fatihah dan doa semoga setiap ilmu yang kuberikan kepada murid-muridku mendapat keberkatan.
Tiba-tiba Mat bersuara "cikgu, kertas cikgu sama dengan kertas Mat." sambil Mat menunjukkan kertas lukisan miliknya yang berkedut-kedut.
aku mengangguk sambil memerhatinya.
"Mat beli ke?" "haah mat beli tapi dah berkedut" jawabnya.
"kenapa Mat beli?" tanyaku lagi.
"Mat nak melukis tapi Mat tak ada warna." aku hanya mengangguk.
Lantas ku capai kertas lukisan yang ku bawa dan ku edarkan kepada semua murid.
Setelah itu aku memulakan pengajaranku. Seperti biasa sebelum memulakan pengajaran utamaku aku bersoal jawab dengan murid untuk membuka minda mereka ke arah isi pelajaran pada hari itu. Kami berbual tentang orang yang disayangi. meminta mereka menyenaraikan orang yang mereka sayang dan mengapa mereka sayangi. Rata-rata anak muridku mengatakan orang yang sangat mereka sayangi ialah ibu mereka. Aku lihat Mat tidak menyampuk dia hanya mendengar jawapan yang diberikan oleh kawan2nya. Namun aku menambah lagi dengan mengatakan bahawa ramai yang kita sayangi adik, abang, kakak, nenek dan datuk juga antara yang kita sayangi.
Setelah itu aku mulai kepada isi utama pembelajaran pendidikan seniku pada hari tu di bawah menggambar yang bertajuk orang yang disayangi. Anak-anak muridku mula melakar orang yang mereka sayangi. Ku lihat Mat belum memulakan lagi. Lantas aku bergerak ke arah Mat, dan bertanya, "Mat kenapa tak mula lagi melukis?"
"Cikgu, Mat tak ingat macam mana muka ibu Mat." Balas Mat sambil memandangku.
Aku terdiam seketika. Dalam hatiku berbisik kau tetap mengingati dan menyayangi ibumu. Hampir aku terlupa aku ada membawa sekotak warna pensil untuk kuberikan kepada Mat. Lantas ku capai kotak warna pensil itu dan ku serahkan kepada Mat. sambil itu aku menjawab persoalan Mat tadi.
"Mat... selain ibu siapa lagi yang Mat sayangi?" tanyaku dengan lembut sambil mengusap kepalanya.
"Mat nak lukis tok lah."
Lantas dia mencapai pensil yang kubeli semalam dan mula melakar. Ku lihat dia seorang yang berbakat dan penuh minat terhadap mata pelajaran pendidikan Seni. Mat melukis dengan tekun. Sambil anak2 muridku melukis aku menyelami jiwa mereka tentang orang yang mereka sayangi. Berbagai soalan yang ku ajukan. Ada yang melukis sambil bercerita kepadaku. "cikgu mak saya suka berleter, " dan bermacam cerita yang ku dapat tentang pandangan mereka terhadap ibu dan bapa mereka ada yang positif dan ada yang negatif dan menjadi tugasku mendidik hati mereka tentang nilai2 murni dalam kehidupan. Ku ceritakan perasaan sebenar seorang ibu supaya mereka sedar tentang perasaan ibu dan bapa mereka, dan sedar betapa besarnya kasih dan sayang orang disekeliling terhadap mereka.
Ku lihat Mat terus melukis dengan tekun. Sambil itu dia bercerita padaku tentang toknya itu.
"Cikgu, Mat nak lukis tok Mat yang pergi Mekah."
Masa pendidikan seni hari ini hanya 30 minit kerana 30 minit lagi semua murid2 dikehendaki menghadiri perjumpaan persatuan, unit uniform dan kelab yang bermula dari pukul 12.30 hingga 2.00 petang. Unit2 tersebut adalah dibawah unitku dan aku yang menetapkan memandangkan program perlu dijalankan segera. Aku tidak mahu seperti tahun lepas waktu yang sangat suntok menjadikan program dijalankan dalam keadaan yang sangat terdesak.
Semasa Mat melukis sempat aku mengambil hasil lakaran anak muridku termasuklah Mat. Antara kawan-kawannya Mat telah berjaya menyiapkan lukisannya sehingga kepada mewarna lukisannya. Bersama-sama ini ku sertakan lukisan yang telah Mat lukis untuk tatapan semua....
Tuesday, February 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment