Selepas bersarapan nasi lemak pagi tadi Saiful bergegas keluar menuju ke dangau di hujung sawah milik peninggalan ayahnya kepada ibunya. Dia ingin mencari ketenangan di situ dan juga untuk mengelak daripada mendengar luahan hati ibunya untuk melihatnya berkahwin. "Ah, ibuku kau tidak mengetahui dalam hati anakmu ini telah terisi satu wajah, namun di mana kini wajah itu? namun dia masih berharap ada pertemuan dengan wajah itu." Saiful bermonolog sendiri.
Bagaikan tayangan video jelas terbayang satu wajah, putih kemerahan membayang di hadapan matanya. Ayu, lembut dan pemalu. Kecil molek orangnya. "Nurani" bisik hatinya. Tidak pernah lagi dia tatap wajah itu hampir dua tahun lamanya. Bersamaan berakhirnya pengajiannya untuk menjadi seorang pendidik di Institut Perguruan Idris. Wajah itu sentiasa bermain di ruang matanya. Hatinya sering menyebut nama itu tanpa jemu. Namun dia tidak pernah menyapa gadis kecil molek kacukan cina itu. Entah kenapa dia tidak mempunyai kekuatan menegur gadis itu.
Setiap kali gadis itu melintas di hadapan kelasnya itulah saat yang amat dinantikan. Walaupun sekilas cuma namun amat membahagiakan, menghilangkan rindu yang bertamu di hatinya. Rindu yang disimpan dalam kotak rahsia hatinya dengan kemas, tidak siapa yang tahu. Entah mengapa hatinya pasti berdebar apabila berselisih atau melihat gadis itu dari jauh.
"Abang ngah, mak panggil." tiba-tiba suara adiknya Hafizi melenyapkan wajah nurani dari ruang matanya, mengejutkannya dari lamunan yang panjang. Lantas Saiful menarik nafas panjang lantas bergerak menuruni dangau yang diduduki dari pagi tadi. Tanpa disedari hari dah meninggi. Tanpa menghiraukan Hafizi yang melompat-lompat mengikutnya balik ke rumah Saiful berjalan dengan laju. Panahan terik mentari dirasakan menyucuk-nyucuk kulitnya yang sawo matang itu. Kulit orang Melayu sawo matang tetapi halus dan lembut.
Sesampai sahaja di tangga Mak Teh Lijah menyapa Saiful. "Hem, berlama di dangau tu angah buat pe? macam termenung je," Mak Teh Lijah cuba menyelami hati anak terunanya itu.
"Tak ada apalah mak, Saiful suka tengok padi yang menguning tu," Sahut Saiful cuba menjawab dengan bersahaja. Dia cuba menyembunyikan perasaan resah dan kerinduannya ketika itu terhadap seorang gadis yang entah di mana berada ketika ini.
"Mak panggil angah kenapa?" tanya Saiful dengan lembut sambil memandang wajah Mak Teh Lijah yang pada raut wajah mempamirkan ketabahan seorang ibu membesarkan lima orang anaknya tanpa suami di sisi. Hampir sepuloh tahun pemergian bapa Saiful dari keluarganya akibat di patuk ular tedung.
"Angah, jom temankan mak ke bandar, dah lama emak tak kebandar. Mak ingat nak belikan Ija tudung. Dah berhari-hari dia merengek nakkan tudung baru." Mak Teh Lijah bersuara setelah dilihat Saiful terdiam dihujung tangga.
"Elok juga tu mak, angah pun dah lama tak berjalan-jalan di bandar Temerloh," balas Saiful segera.
"Ye lah, sejak angah bekerja di Johor Angah pulang sekejap-sekejap sahaja kan, dan jarang-jarang keluar ke bandar sebab tu tak sedar Temerloh dah banyak berubah."
"Kita pergi selepas zohor nanti." balas Mak Teh Lijah sambil berlalu meninggalkan Saiful bersendirian melayan adiknya Hafizi yang keletah bercerita tentang rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment