Friday, October 14, 2011

      Puan Rahmah berlalu sambil mengagkat beg kecil yang mengandungi beberapa helai pakaian Aisyah. Malas dia melayani kerenah anaka-anaknya itu. Setelah meletakkan beg Aisyah di dalam biliknya dia kembali keluar. Angin petang yang bertiup menolak perlahan-lahan anak rambut Puan Rahman, wajahnya yang putih bersih itu kemerah-merahan disinar mentari petang. Dengan perlahan dia mengatur langkah kearah buaian dihujung halaman rumahnya di bawah pohon mempelam. Dia ingin berehat di situ sambil menunggu kepulangan suaminya dari kerja. Sememang menjadi kebiasaannya menunggu kepulangan suaminya setelah selesai membuat juadah petang dan dihidangkan di atas meja, kerana suaminya pasti akan minum petang setelah pulang dari kerja. Angin bertiup begitu nyaman namun terik mentari petang menggigit kulit namun bebayang pohon mempelam menjadikan buai yang diduduki Puan Rahmah tidak terasa panasnya. Mata Puan Rahman terus memandang gelagat Aisyah yang melayani adik-adiknya bermain sorok-sorok. Hatinya tiba-tiba terasa sayu, berbagai persoalan bermain dikotak fikirannya. Bagaimana harus diceritakan kepada Aisyah, dan bagaimanakan penerimaan Aisyah nanti dengan apa yang akan disampaikan. Saat inilah yang paling membimbangkan Puan Rahmah. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Rahmah dengan suaminya Halim namun perkara itu mati disitu sahaja tiada penyelesaian. Namun kini Rahmah nekad dia harus menceritakan perkara yang sebenar kepada Aisyah setelah berbincang dengan suaminya Halim. Dan dia yakin Aisyah mampu menerimanya dengan matang.
Turun daripada bas Aisyah menarik nafas lega, udara Felda Trolak Selatan menerpa membelai wajahnya. Kelihatan dari jauh kelibat adik-adiknya bermain di halaman rumah. Dengan perlahan dia melangkah menuju kearah rumahnya. Terlihat Aisyah dari jauh terkinja-kinja Alia berlari mendapatkannya. Satu-satunya adik perempuannya. Sementara Haziq dan Hami terus bermain tanpa menyedari kepulangan kakaknya. 
"Kak Long balik, kak Long balik," jerit Aisyah sambil berlari-lari mendapatkan Aisyah.
Lantas dicapainya tangan Aisyah lalu dibimbing hingga ke halaman rumahnya. Mendengar jeritan Aisyah Haziq dan Hami berhenti bermain dan memandang kearah Aisyah lantas mendapatkannya.
"Apa kabar Kak Long?" sapa Hami dan Haziq sambil menghulur tangan untuk bersalam dan mencium tangan kakaknya Aisyah.
" Baik dik," balas Aisyah sambil mengusap lembut kepada adik-adiknya.
Mendengar suara riuh rendah menarik perhatian Puan Rahmah mengintai keluar tingkap. Hatinya berbunga apabila terlihat Aisyah sedang berdiri di halaman rumah dengan dikelilingi adik-adiknya. Puan Amirah sangat faham perangai Aisyah apabila pulang ke rumah, pasti dilayani dulu kerenah adik-adiknya walaupun keletihan.  
"Aisyah, buat apa kat luar tu, beg pakaian pun belum lagi dibawa masuk, jangan dilayan adik-adik tu, biarkan mereka bermain di situ." Suara lembut Puan Rahman memanggil Aisyah. 
"Tak apa lah mak, lagi pun Aisyah rindu sangat kat adik-adik ni, kan haziq kan?" 
Haziq terangguk-angguk dengan pertanyaan nakal Aisyah terhadap ibunya Puan Rahman.
Bila memandang wajah Aisyah hati Puan Rahmah begitu bahagia walaupun Aisyah hanyalah anak angkatnya namun sayangnya tidak pernah berubah dari saat dia mengambil Aisyah sebagai anak angkatnya higgalah lahir dari rahimnya Fakhrul Haziq, Fakrul Hami dan Aisyah Alia. Dia tidak pernah membezakan Aisyah dengan anak-anaknya yang lain. Baginya Aisyah cahaya dalam kehidupannya.


Thursday, September 29, 2011

Siapakah aku

Hati merintih mencari arah nak dituju semuanya kelihatan kaku dan membisu. Setiap pertanyaan tiada jawapan. Kesedihan kian membalut hati. Duri-duri keegoan mencalarkan hati ini adakalanya tak tertahan menahan sakitnya namun masih menanti dengan harapan masih ada sinar menanti. Aku bagai insan yang tak punya rasa. Tidak punya hak untuk berkata melahirkan rasa. Cukup sekadar memandang... memberi dan tidak layak untuk menerima...

Saturday, September 24, 2011

Dimiliki untuk Dilukai..

Petang itu, dengan lemah Aisyah berjalan perlahan-lahan menuju ke perigi yang berada nun di belakang rumahnya. Dengan berhati-hati dia berjalan sambil meraba-raba perutnya, sesekali terasa kaki kecil di dalam perutnya menendang-nendang lembut dinding perutnya. Dia terus berjalan dengan berhati kerana denai menuju ke perigi agak curam. Sesampai di pinggir perigi dia melepas lelahnya bukan setakat membawa berat badannya malahan kandungannya yang berusia 8 bulan. Apabila terasa lelahnya kian hilang perlahan-lahan dia mencapai baldi untuk mengangkat air dari telaga lalu di curahkan kedalam baldi yang dibawanya tadi, setelah penuh dibawanya baldi ke pelantar dengan susah payah untuk mengimbangi badannya yang sarat itu. Kedinginan air perigi menyegarkan tubuh Aisyah yang kelelahan. Setelah selesai mandi untuk kesekian kalinya dia mengisi baldinya dengan air perigi dan dengan susah payah dibawanya pulang untuk dimasak dan membasuh pinggan dan mangkuk. Itulah kehidupan  Aisyah sejak mengahwini Khairudin jejaka pilihan hatinya walaupun sebelum ini dia tidak dibesarkan dengan kehidupan begini namun dia menerima seadanya. Ada juga dia menyuarakan rasa hatinya mengajak Khairudin berpindah berhampiran dengan tempatnya mengajar namun Khairudin tidak bersetuju sehinggakan Khairudin memarahinya akhirnya disimpan sahaja keinginannya itu.
Namun dia kecewa Khairudin tidak pernah ambil peduli akan kelelahannya mengangkat air setiap petang untuk kegunaan mereka. Apabila dia meminta bantuan suaminya itu pasti ucapannya "nantilah" kerana hendak bermain bola akhirnya Aisyah kecewa dan malas untuk berbunyi lagi akhirnya segalanya kerja dilakukan sendiri tanpa meminta pertolongan suaminya lagi. Segala sedih, kecewa dan marah ditelannya begitu sahaja. Setiap kali dia mengutarakan keinginannya untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap pasti dimarahi suaminya, dan yang terakhirnya suaminya  menyuruhnya mencari sendiri rumah jika ingin berpindah. Itu pun setelah Aisyah bertahan sehingga melahirkan dua orang anak. Akhirnya Aisyah berjaya mendapatkan sebuah quaters lama walaupun tidak selesa tetapi hanya itu yang mampu dilakukan oleh Aisyah akhirnya Khairudin terpaksa akur dengan kehendak Aisyah.
Aisyah benar-benar terkilan dengan sikap suaminya Khairudin namun segalanya disimpan di lubuk hatinya yang paling dalam. Sering kali juga Khairudin memarahinya dengan pelbagi label yang diberikan kepada Aisyah namun semuanya Aisyah telan. Mengapa Khairudin bersikap demikian terhadap dirinya? seringkali pertanyaan itu memenuhi kotak fikirannya. Luka hatinya semakin dalam tiada siapa yang tahu walaupun ibu bapanya sendiri.
Saat ini kebosanan menghantui diriku...berbagai rasa bercampur baur dalam hatiku. Entahlah kucuba mengawal rasa sedihku, luka hatiku, marahku, sakitku...ku cuba lenyapkan semuanya namun kadang-kala aku tidak mampu. Hatiku sentiasa berkata-kata aku tidak diberi hakku. Terlalu banyak burukku di matanya... seolah-olahnya dia manusia paling suci di dunia ini, bertahun-tahun aku dilukakan tidak pernah diberi hakku untuk menyebutnya. Oh Tuhanku berikan aku kekuatan untuk menelan semua ini... amat pahit tetap ku telan jua lukanya hati ini tetap ku tersenyum jua. Ku dimiliki untuk di sakiti. Tidak pernah ada sayangnya dari awal pertemuan hanya sekadar memenuhi ruang yang kosong, apa salahku? tidak layakkah untukku di sayangi? tidak layakkah untuk ku dicintai? Atau hanya sekadar menjaga egonya yang tiada hadnya. Aku tahu, aku tiada di hatinya pun tidak mengapa... Namun apakah salahku padanya hingga begini aku diperlakukan?

Tuesday, February 8, 2011

sambungan belajar menulis 2

"eh, mana cd yang ira minta hari tu? dah siap belum?"
"Ops, hampir terlupa la nah, Is dah siapkan kelmarin" sambil Iskandar menghulurkan Cd kepada Ira. 
"Terima kasih, Is banyak tolong Ira, seronok jadi kawan Is"
Jadi kawan je? kekasih tak boleh? usik Iskandar cuba menduga hati Humaira Aisyah.
Merah padam muka Aisyah menahan malu, tertuduk aisyah cuba menutup keresahan dan debaran dijantungnya.
"Is ni, kalau berani jumpa mak ayah Ira dan jangan lupa bawa setempayan hati nyamuk tau" balas Ira dengan ketawa terkekeh cuba mengelak dari usikan Iskandar.
"Is esok, Ira nak balik kampung, ibu Ira suruh Ira balik." beritahu Ira sambil melarikan wajahnya apabila menyedari renungan Iskandar ke wajahnya. 
"Bila balik ke sini?" 
"Hari Ahad pagi, Ira balik semula ke sini, kenapa?"
Iskandar sekadar menggelengkan kepalanya sambil tunduk dan dalam hatinya berbisik, rindulah aku untuk dua tiga hari ini.
Oklah,  Is belum solat lagi ni, balik dari LM tadi terus datang ke sini jumpa Ira. Is balik dulu y, apa-apa hal Ira telefon Is ok?
Ira hanya mengangguk tanda setuju

Sepanjang perjalanan menaiki bas untuk pulang ke kampung, fikiran Ira melayang memikirkan mengapa emaknya harap sangat dia pulang ke kampung. Sedangkan baru minggu lepas dia pulang kekampung, walaupun Felda Trolak Selatan tidaklah jauh dari Intitut perguruan tempat dia belajar namun minggu ni dia agak sibuk dengan persediaan mengajarnya. Nasib baik Iskandar sudi membantunya dengan memberikan CD lagu kanak-kanak yang boleh digunakan untuk bahan bantu mengajarnya nanti. Apabilamengingati Iskadar Hakimi Ira tersenyum sendirian. Iskandar Hakimi seorang pemuda yang aktif dalam sukan di intstitut perguruannya bukan setakat itu mempunyai suara yang sedap jika mengalunkan lagi juga pandai mengaji al quran. Masih terngiang di telinganya pujukan Iskandar jika dia merajuk, lembut dan lucu melenyapkan kemarahannya. Ting loceng bas berbunyi, terkejut Ira dari lamunan dan rupanya tempat yang di tuju telah hampir sampai. Fikirannya kembali memikirkan kenapa emaknya sangat mengharapkan agar dia pulang ke kampung pada minggu ni.

Belajar Menulis....

Ira mundar mandir di hadapan dewan makan, berulang kali dia melihat jam di tangannya bagaikan menunggu seseorang. Wajah manis gadis kacukan Cina Melayu itu kemerah merahan oleh panas terik mentari. Kata nak tunggu di sini, tapi mananya gerutu Ira dalam hati. Lepas balik latihan mengajar dia bergegas ke hadapan dewan makan asramanya. Tiba-tiba wajah Ira berubah terlihat kelibat seseorang dari jauh sedang menuju ke arahnya........
Hatinya berbunga riang. "So sory Ira, motor Is meragam tadi." dari jauh Iskandar cuba memberi penjelasan. Kalau boleh dia tidak mahu Ira merajuk. Entah mengapa dia sangat sayang akan gadis ini. Namun dia tidak pernah menyuarakannya, yang pasti mereka sangat rapat dan  berkongsi banyak perkara. "Tak pe lah...Ira faham, lagi pun selama ni Iskandar Hakimi  tak pernah mungkir janji dengan Humaira Aisyah kan? " balas Ira sambil  merenung pemuda tinggi lampai dan berkulit sawo matang di hadapannya itu. 
Is kian mendekat hingga terbau perfum yang dipakai oleh Is, dan bau itu sangat disenangi oleh Ira. Dan setiap kali pertemuan dengan Iskandar hatinya pasti akan berdebar-debar, dan hal ini cuba disembunyikan Ira daripada pengetahuan Iskandar.